Terma perkhidmatan
Sistem booking tempahsini.my oleh WK Digital Tech (SSM 202503046540). Terma ini terpakai kepada pemilik bisnes (owner) yang menggunakan sistem ini.
Perkhidmatan
- Kami sediakan page booking, admin dan setup untuk bisnes anda. Kami uruskan hosting, update sistem dan support melalui WhatsApp.
- Kami berusaha supaya sistem sentiasa berjalan, tetapi tidak boleh jamin 100% tanpa gangguan (contoh gangguan Cloudflare atau internet). Gangguan besar akan dimaklumkan.
Yuran & langganan
- Yuran setup sekali dan langganan bulanan / tahunan seperti dalam invois.
- Harga langganan boleh berubah pada masa depan. Perubahan harga dimaklumkan sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal dan hanya terpakai mulai bayaran seterusnya. Tempoh yang dah dibayar (contoh langganan tahunan) kekal pada harga lama sehingga tamat.
- Tiada kontrak. Anda boleh berhenti bila-bila masa. Yuran setup dan langganan yang dah dibayar tidak dipulangkan.
- Jika langganan tidak dibayar selepas tarikh tamat, kami akan ingatkan anda dulu. Jika masih belum dibayar 7 hari selepas tarikh tamat, booking online ditutup sementara sehingga bayaran diterima. Data anda tidak dipadam dalam tempoh ini.
Domain
- Domain sendiri (jika ada) didaftar atas nama anda dan kekal milik anda.
- Renew tahunan .com percuma selagi langganan aktif. Domain lain yang lebih mahal: anda bayar beza harga.
Bayaran pelanggan anda
- Deposit dan bayaran pelanggan masuk terus ke akaun bank / Billplz anda. Kami tidak memegang duit pelanggan anda.
- Anda bertanggungjawab atas harga, servis, pembatalan dan refund kepada pelanggan anda sendiri.
Data & privasi (PDPA)
- Data booking dan pelanggan adalah milik anda. Kami memproses data itu bagi pihak anda untuk tujuan booking sahaja. Data tidak dijual atau dikongsi untuk pemasaran.
- Anda boleh muat turun senarai booking dan pelanggan (CSV) bila-bila masa dari admin, dan minta salinan penuh semua data daripada kami.
- Data dibackup secara automatik setiap malam dan disimpan 30 hari. Gambar yang dimuat naik pelanggan dipadam automatik selepas 180 hari.
- Sistem dihoskan oleh Cloudflare dan salinan backup disimpan oleh pembekal storan awan seperti Backblaze. Server mereka mungkin berada di luar Malaysia, dan mereka terikat dengan perlindungan keselamatan data masing-masing.
- Hanya kami (WK Digital Tech) yang ada akses teknikal kepada sistem. Kami tidak akan buka data anda kecuali untuk support yang anda minta, backup, atau keperluan undang-undang.
- Jika berlaku kebocoran data yang melibatkan bisnes anda, kami akan maklumkan anda secepat mungkin (sasaran dalam 72 jam) bersama langkah yang diambil.
Bila anda berhenti
- Demo percuma tiada komitmen. Jika anda tidak teruskan selepas demo, kedai demo dan datanya dipadam dalam 30 hari.
- Anda boleh minta salinan semua data sebelum berhenti.
- Data anda dipadam sepenuhnya 30 hari selepas langganan tamat, termasuk gambar. Salinan dalam backup hilang sendiri dalam 30 hari selepas itu.
Tanggungjawab anda
- Jaga PIN admin dan PIN staff. Jangan kongsi dengan orang lain. Maklumkan kami segera jika anda rasa PIN dah bocor.
- Isi page booking anda (harga, gambar, ayat) mesti tepat dan sah di sisi undang-undang. Gunakan gambar milik anda sendiri.
- Sistem tidak boleh digunakan untuk servis yang menyalahi undang-undang, penipuan atau spam.
Had tanggungjawab
- Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung (contoh hilang jualan) akibat gangguan sistem. Jumlah tanggungjawab kami tidak melebihi yuran langganan yang anda bayar dalam 3 bulan terakhir.
Perubahan terma
- Perubahan lain pada terma ini dimaklumkan sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal melalui admin atau WhatsApp. Anda akan diminta setuju semula di admin.
- Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Hubungi kami: WhatsApp +60 14-741 0891.
Versi 2026-11-12 · English